as salam dan selamat sejahtera kepada pembaca blog mai sekalian...
hari ini mai nak coretkan sedikit mengenai nikmat yang di berikan Allah S.W.T kepada kita hamba-Nya..
Di sini mai bukan nak tunjuk pandai atau ape..just nak kongsi pendapat mai sahaja...
ini mengenai diri mai sendiri tidak ada kena mengena yang hidup ataupun yang sudah mati...
setelah membaca buku di bawah ni banyak yang mai dapat input/faedah daripada buku ni..
buku ni tidaklah mahal hanya rm 21.90 ...
tapi isi kandungannya banyak mengajar mai bagaimana kita nak menghadapi apabila dalam situasi kita buntu mencari jalan penyelesaian masalah kita...
memang tajuk buku ini jangan bersedih..bukan bermaksud kita x boleh bersedih tetapi kita mesti hadapi masalah itu dengan tabah dan bersabar dalam apa jua rintangan yang kita hadapi...
Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan,tanpa keresahan,tanpa kemarahan,tanpa kedengkian dan tanpa kebencian
ayat-ayat ini mempunyai pelbagai persoalan yang menhantui mai..memang kita mudah untuk bercakap mengenai ayat ini,tapi mampukah kita melaksanakannya,,itu yang menjadi persoalannya sekarang..banyak ayat2 dalam buku ini telah mematangkan mai bagaimana kita akan berfikir dan bertindak apabila kita sedang menghadapi masalah..
orang semua pandai menasihati antara satu sama lain tapi mampukah kita melaksanakan cadangan kawan-kawan kita itu..mampukah???sungguh sukar bukan nak melakukan..
di sini mai nak bagi tahu semua pembaca tentang ayat-ayat dalam buku i ni yang banyak menyentuh hati mai dan membuatkan mai sedar bahawa mai sebenarnya kurang bersyukur akan nikmat yang di berikan ini..Ya Allah sungguh besar dosa mai kepada-Mu...baca dan hayatilah coretan di bawah ini..
BERTAFAKUR DAN BERSYUKURLAH
tujuannya ialah supaya anda mengingati segala nikmat dan kurnia yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda-nikmat yang meliputi anda dari atas dan bawah tapak kaki anda
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak dapat mengiranya"
Kesihatan tubuh badan,keamanan dalam negara,makanan,pakaian,udara dan air bersih.Anda sudah mempunyai dunia sedang anda tidak menyedarinya;anda mempunyai hidup sedang tidak mengetahuinya.
"Dan Dia sudah menyempurnakan nikmat-nikmat-Nya bagi kamu,meliputi yang zahir dan yang batin"
Ingatlah bahawa anda mempunya sepasang mata,satu lidah,sepasang bibir ,dua tangan dan dua kaki
"Nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan"
Adakah satu perkara yang tidak mustahak bagi anda mampu berjalan menggunakan dua kaki?Bagaimana kedua-duanya kudung?
Adakah satu hal kecil bagi anda masih boleh tidur lelap,sedangkan ramai yang tidak boleh melelapkan mata kerana menahan sakit dari penyakit yang menimpanya?
Adakah anda tidak mersa apa-apa ketika memakan makanan yang lazat sekeyangnya dan meminum minuman yang sedap sepuasnya,padahal ketika itu masih terdapat ramai orang yang tidak boleh makan dan minum kerana suatu penyakit?
Renungkanlah semula tentang anugerah yang di berikan oleh Tuhan ini.Fikirkanlah tentang dirimu,keluargamu,rumahmu,kesihatanmu,kawan-kawanmu dan dunia sekelingmu..
membaca ayat ini membuatkan mai berfikir dan menginsafi diri sendiri...begitu besar nikmat yang di berikan Allah kepada mai..Ya allah ,aku telah melakukan kesilapan besar,aku alpa dengan kecanggiah dan kemodenan dunia..
sama-samalah kita merenung diri kita sendiri sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang di berikan Tuhan kepada kita..Sesuai untuk wanita supaya menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi ujian..
sekian coretan empunya blog..harap semua boleh memberi komen agar mai dapat menambah baikan lagi blog mai ni..dan sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik..
jom semua beli n baca buku ni..bnyak impak yang kita akan dapat tau..hehehe
As salam w.b.t semua...